Tentang Kami



Rumah Rehat Nurul Ain mula beroperasi semenjak tahun 2004 dengan menggunakan nama HOMESTAY.Disebabkan masalah pengurusan kami terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu. Mulai tahun 2009 kami beroperasi semula di dalam memberi perkhidmatan untuk mereka yang memerlukan penginapan sementara persis ala hotel. Rumah Rehat Nurul Ain mendapat namanya hasil gabungan nama kami sekeluarga dan beroperasi disebuah rumah teres dua tingkat 4 bilik. Lokasi rumah rehat amat strategik kerana berada dikawasan pusat bandar baru Bagan Serai. Berbagai kemudahan asas disediakan untuk keselesaan pelanggan termasuk bilik berhawa dingin

Rumah Rehat ini sesuai untuk dijadikan tempat penginapan sementara sebelum menghadiri berbagai aktiviti seperti
  • MAJLIS PERKAHWINAN
  • PERTUNANGAN
  • MELANCONG
  • MENGHADIRI KURSUS
  • PERJUMPAAN KELUARGA
  • LAIN-LAIN YANG BERSESUAIAN


         "KESELESAAN ANDA KEUTAMAAN KAMI"